|

|
1. Getah Atas Para
- Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
- Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana luas.
- Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang dibenamkan ke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk masing-masing.
- Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong'. Seterusnya menggunakan kaedah 'wan tu som' bagi penentuan pemain terakhir.
- Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing-masing di atas para.
- Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan getah induk.
- Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.
- Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan begitu saja.
- Setiap pemain berusaha mengambil getah taruhan bagi menambahkan koleksi masing-masing.
|
"Ketinting Kapal Terbang"

|
2. Ketinting Kapal Terbang
- Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.
- Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
- Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.
- Melakukan penentuan giliran.
- Pemain pertama memulakan ting-ting.
- Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.
- Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.
- Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.
|
"Ketinting Buku"

|
3. Ketinting Buku
- Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
- Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.
- Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
- Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.
- Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.
- Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.
- Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
- Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.
|
"Batu Seremban"

|
4. Batu Seremban
- Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini.
- Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundi-pundi kecil dijadikan sebagai buah.
- Pemain utama memulakan permainan dengan cara menaburkan buah seremban.
- Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini dianggap mati.
- Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan.
- Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
- Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata.
- Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.
|
"Aci Sorok"

|
5. Aci Sorok
- Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama.
- Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
- Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
- Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
- Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
- Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.
|
"Cari Cucu"

|
6. Cari Cucu
- Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain atau sapu tangan digunakan di dalam permainan ini.
- Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.
- Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain untuk membentuk satu bulatan.
- Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.
- Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya.
- Nenek mula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya.
|
"Galah Panjang"

|
7. Galah Panjang
- Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.
- Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
- Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.
- Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.
- Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.
- Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.
- Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.
|
"Guli"

|
8. Guli
- Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
- Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk.
- Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.
- Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.
- Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.
- Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.
- Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.
|
"Jala Itek"

|
9. Jala Itek
- Permainan ini menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan. Malah mereka bermain bersama-sama.
- Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing.
- Setiap ketua memilih nama samaran masing-masing. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
- Kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing-masing dan diangkat sedikit ke atas.
- Sambil mendendangkan nyanyian, awak-awak berjalan di bawah tangan kedua ketua tersebut.
- Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran. Jika pemain memilih nama samaran ketua pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
- Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing-masing, kemudian melakukan adu kekuatan. Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dianggap sebagai pemenang.
|
"Konda-Kondi"

|
10. Konda-Kondi
- Kanak-kanak perempuan kurang menggemari permainan berkumpulan ini.
- Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua.
- Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
- Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
- Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.
- Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.
- Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
- Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.
|
"Sepak Raga"

|
11. Sepak Raga
- Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
- Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
- Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
- Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
- Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
- Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.
|
"Baling Tin"

|
12. Baling Tin
- Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
- Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih dahulu.
- Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah tin.
- Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua tin.
- Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas pemain kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah pemain kumpulan utama untuk mematikannya.
- Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula tin, maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.
|
"Susun Selipar"

|
13. Susun Selipar
- Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
- Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis.
- Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
- Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.
- Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.
- Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.
- Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.
|
"Main Tikam"

|
14. Main Tikam
- Permainan individu ini amat popular di kalangan kanak-kanak lelaki.
- Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa melakukan permainan ini.
- Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di atas permukaan tanah yang gembur.
- Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini dianggap mati.
- Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap yang telah ditetapkan.
- Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap permainan dianggap memenangi permainan ini.
|
"Dam Aji"

|
15. Dam Aji
- Permainan strategi ini dimainkan secara individu. Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
- Permainan ini dimainkan di kawasan anjung rumah. Manakala lelaki dewasa lebih gemar bermain di kedai kopi sambil berbual kosong.
- Setiap pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara memakan buah dam lawannya.
- Permainan ini mengambil masa yang agak lama kerana setiap pemain perlu berfikir dan berupaya memerangkap pihak lawan bagi mengalahkannya.
- Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
- Status seri juga boleh berlaku jika kedua-dua pemain gagal mengalahkan lawan masing-masing.
|
"Aji Terbang"

|
16. Aji Terbang
- Sama seperti dam aji, permainan ini juga digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tetapi lelaki dewasa tidak menggemarinya.
- Cara susunan buah dam adalah sama seperti permainan dam aji. Cuma cara dan peraturannya ada sedikit perbezaan.
- Pemain dimestikan makan buah dam pihak lawan jika ada peluang.
- Sekiranya pemain tidak makan buah dam milik lawannya sama ada dengan sengaja atau pun tidak, maka buahnya akan dirampas.
- Menariknya, apabila buah dam berstatus aji, maka buah aji ini boleh terbang dan berhenti di kesemua arah.
- Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
|
"Congkak"

|
17. Congkak
- Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari permainan ini.
- Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak.
- Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
- Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
- Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
- Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
- Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
|
"Lompat Getah"

|
18. Lompat Getah
- Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini. Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan mereka lebih gemar membuat onar.
- Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.
- Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir.
- Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
- Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan.
- Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.
|
"Lawan Bola"

|
19. Lawan Bola
- Permainan individu ini dimainkan di kawasan anjung rumah ataupun di dalam rumah.
- Pemain perlu menyediakan peralatan permainan termasuklah bola kertas, pemain, gol serta padang permainan.
- Kedua-dua pemain menyusun kedudukan pemain masing-masing.
- Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain ataupun menepuk pemain.
- Jika tepukannya baik, bola meluncur laju ke arah gol.
- Kedua-dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara menyumbat gol.
- Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
|
"Gasing"

|
20. Gasing
- Permainan individu ini dimainkan di kawasan halaman rumah.
- Membuat satu bulatan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
- Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain melontar gasing masing-masing ke arah garisan penentuan. Gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.
- Manakala gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan penanda atau gasingnya tidak berpusing dijadikan sebagai gasing penahan.
- Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
- Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing, menjatuh dan memusingkan gasing.
|
HakCipta
terpelihara © 2010 PermainanTradisi.com
|